Skip to main content

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)

Salam Sejahtera.


Anugerah Carta Nasyid IKIM 2007 (ACNI 2007) telah dirancang untuk dianjurkan sekitar akhir tahun 2007 atau awal tahun 2008. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, acara kali ini telah dibatalkan. 


ACNI kali ini melibatkan lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Nasyid IKIM.fm sekitar tahun 2005 dan 2006. Situasi industri nasyid sekitar tahun 2005-2007 memperlihatkan beberapa kumpulan nasyid utama tempatan mengalami perubahan dari segi bilangan ahli. Ada penasyid yang memilih untuk berundur atas komitmen peribadi dan ada juga yang memilih untuk bergerak secara solo seperti Nazrey Johani dan Hafiz Hamidun. Selain itu, beberapa kumpulan nasyid turut bertukar ahli (contohnya Mirwana & Far East) selain ada yang tamat kontrak dengan syarikat rakaman asal dan memilih untuk bergerak sendiri (contohnya Inteam).

Kumpulan Inteam antara kumpulan nasyid yang 
mengalami transformasi sekitar tahun 2005-2007

Senarai 30 lagu pencalonan awal Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (ACNI) telah diumumkan dengan lagu-lagu tersenarai diterbitkan sekitar tahun 2005 dan 2006. Berikut adalah lagu-lagu yang terpilih:

1) Al-Hambra - Far East
2) Biarkan - Nowseeheart
3) Camar Kelukaan - Saff-One
4) Cinta Pertama - Far East
5) Dunia Yang Lebih Indah - Firdaus
6) Hijrah Menuju Allah - Devotees
7) Hujan Gerimis - Rast
8) Ikhlas Dariku - Akhil Hayy
9) Inspirasi - Nowseeheart
10) Jalan Sehala - Saujana
11) Keampunan - Mirwana feat. Akbar
12) Kias Cinta - Suhaimi
13) Layar Keinsafan - Mestica
14) Melakar Cinta Di Pintu Syurga - Far East feat. Nassier Wahab
15) Menangislah Dibahuku - Firdaus
16) Menanti Di Barzakh - Far East
17) Nur Iman - Brothers
18) Nur Syahadah - Far East
19) Nur Tuhan - Hijjaz
20) Pengorbanan - Nowseeheart
21) Pesona Zulaikha - Suhaimi
22) Salahuddin Al-Ayubi - Mestica
23) Sandaran Cinta - Saff-One
24) Saujana - Saujana
25) Segenggam Tabah - Inteam
26) Seruan Lima Waktu - Mirwana
27) Setelah Aku Dipaling - Rast
28) TanpaMu -  Inteam
29) Tika Dinihari - Devotees
30) Warna-warna Cinta - Brothers

Untuk beberapa ketika juga, slot Carta Nasyid IKIM.fm dikhususkan untuk ulasan tentang lagu-lagu yang tersenarai oleh DJ Erwan dan artis jemputan yang terpilih.

10 lagu berikut telah diumumkan layak ke peringkat akhir:

1) Al-Hambra - Far East
2) Inspirasi - Nowseeheart
3) Jalan Sehala - Saujana
4) Keampunan - Mirwana feat. Akbar
5) Layar Keinsafan - Mestica
6) Nur Iman - Brothers
7) Nur Tuhan - Hijjaz
8) Pesona Zulaikha - Suhaimi
9) Salahuddin Al-Ayubi - Mestica
10) Saujana - Saujana

Jika anda diberi pilihan, lagu mana yang akan anda nobatkan selaku juara, pemenang tempat kedua dan ketiga serta pemenang setiap kategori yang dipertandingkan?

Juara ?
Tempat Kedua ?
Tempat Ketiga ?
Lirik Terbaik ?
Persembahan Terbaik ?
Vokal Terbaik ?


Seterusnya: Musim Ketiga Carta IKIM.fm berakhir tanpa penganjuran Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm seperti dua musim sebelumnya. Carta IKIM.fm diteruskan seperti biasa di bawah kendalian DJ Erwan Johari pada setiap hari Ahad jam 10.15 pagi untuk musim keempat (2008-2011), musim kelima (2012) dan musim keenam (2013-2014). Penganjuran Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm yang diberi nafas baru sebagai Anugerah Nasyid IKIM.fm diumumkan pada bulan Jun yang lalu. Perkembangan ini mendapat sambutan baik daripada ramai peminat dan karyawan nasyid tanah air apatah lagi sudah lama IKIM tidak menganjurkan acara seperti ini.

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum din,

Saya tak pernah tahu yang Ikim.FM akan adakan anugerah carta nasyid pada tahun 2007/2008. Ikim.FM telah membatalkannya tanpa sebarang berita, sehinggakan tarikh dan tempat acara diadakan juga tak pernah diumumkan.

Jika saya diberi pilihan, pemenangnya ialah:
Juara: Jalan Sehala – Saujana
Tempat Kedua: Salahuddin Al Ayubi – Mestica
Tempat Ketiga: Pesona Zulaikha - Suhaimi
Lirik Terbaik: Jalan Sehala – Saujana
Vokal Terbaik: Salahuddin Al Ayubi – Mestica
Persembahan Terbaik: Inspirasi – Nowseeheart

Inilah pilihan saya. Terima kasih.

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)