Skip to main content

Minggu 51

CARTA NASYID IKIM.FM 22/01/10 (Minggu 51)
1. Nikmat Kurnia – Syifa’ (-) (11) 93
2. Tidur Bangun Dengan NamaMu – Demascus (-) (6) 103
3. Qurratul Ain – Haikal (+1) (6) 98
4. Langkah Tercipta – UNIC (+1) (13) 91
5. Sesekali Diuji – NICE (-2) (14) 90
6. Aku Rela –Algebra (-) (9) 92
7. Allahu Rabbi – Inteam (+5) (16) 86
8. Kenangan Dahulu – All One (+1) (3) 102
9. Hanya Takdir – Inteam (+2) (3) 106
10. Hanyut – UNIC (-3) (3) 107
11. Istana Kasih – Destiny (-3) (7) 96
12. Mencari Cinta – Faisal AF6 (-2) (4) 99
13. Mencari Yang Hilang – Fara Leia (-) (9) 97
14. Aku Milik Mu – Azhan Atan (-) (7) 100
15. Tautan Agung – Muadz (-) (22) 72

Pencalonan Baru
Suara – Ezam 108
Ke Jalan Lurus – Iwan 109
Serulah NamaNya – Mawi 110
Kaulah Wanita – Sofieya 111
Daerah Ini – Algebra 112

Lagu Terkeluar

Comments

Unknown said…
ASSALAMUALAIKUM...
MAAF YE.ANDA BUAT BLOG NI,MINTA IZIN DENGAN PENERBIT CARTA IKIM FM DULU TAK?
Din_diet said…
waalaikumussalam..

untuk makluman anna_iliana, saya tidak pernah meminta izin atau kebenaran daripada penerbit carta. Saya juga tidak pernah bertemu dengan mana-mana DJ Ikim.fm ataupun mengenali mereka. saya juga bukanlah ahli kelab Sahabat Ikim.fm. Saya hanyalah seorang pendengar radio ikim. Rancangan seperti Carta Ikim.fm ini biasanya saya tidak akan melepaskan kesempatan untuk mendengarnya.Saya mula mengikuti Carta nasyid Ikim.fm sejak 2006 yang lalu.

Saya tidak pasti sama ada saya telah melanggar apa-apa undang-undang berkaitan (hak reka cipta dan lain-lain)ataupun menyinggung perasaan dan menyusahkan mana-mana pihak dengan mewujudkan blog ini.

Niat saya cuma untuk menghebahkan perkembangan carta nasyid Ikim.fm, bukan untuk mengejar apa-apa ganjaran. Antara sebab saya tergerak untuk membuat blog ini adalah disebabkan kurangnya maklumat tentang carta ikim.fm ni di mana-mana media (kecuali di ikim.fm sendiri). Kalau adapun maklumat tidak dikemaskini dengan baik.

Dengan adanya blog ini, saya harap blog ini akan membantu mempromosi kewujudan carta ikim.fm ni (yang mungkin hanya peminat nasyid/artis nasyid je yang tahu, tak seperti Carta Hot30 atau Muzik-muzik)dan secara tidak langsung menarik orang ramai terutama generasi muda hari ini untuk mendengar dan menghayati lagu-lagu nasyid dan bercorak ketuhanan. Secara tidak langsung saya berharap saya akan dapat membantu menambahkan peminat nasyid, supaya industri nasyid terus subur di Malaysia.

Sekiranya kewujudan blog ini mengelirukan atau menyusahkan mana-mana pihak, saya akan menamatkan blog ini.Mungkin ini lebih baik untuk semua pihak.
Anonymous said…
Blog ini patut diteruskan!!
Tahniah atas usaha anda.
Rasanya inilah satu--satunya blog yang wujud, yang memberi update terkini tentang carta IKIM, yang memberi info bagaimana mahu mengundi, kod-kod lagu.

Terima kasih di atas usaha murni anda! Saya percaya, pihak IKIM berbesar hati dengan usaha anda ini.

Wassalam
Anonymous said…
Saya sebenarnya pun tak yakin dengan motif anna_iliana bertanyakan soalan tersebut.

Din diet, usaha murni anda amat-amatlah kami hargai. Semoga ALLAH sahaja yang bisa merahmati, sedangkan kita hanya mampu berdoa agar lebih ramai insan yang sudi berkongsi.
cikgunik said…
Biasalah kalau kita nak buat yang baik..ada saja cabarannya..sabar dan teruskan selagi IKIM tak kata apa2...
Din_diet said…
terima kasih atas sokongan semua..insyaAllah saya akan teruskan blog ni selagi mana saya terdaya.
aifyque_169 said…
Tahniah atas usaha saudara dalam mengetengahkan lagi carta IKIM dan seterusnya menjadi sebagai platform untuk memperkenalkan lagu2 nasyid baru..jazakallah
Izzati Hashim said…
teruskan blog anda ni (=

sy belajar di luar negera, so kadang2 nak dengar ikim.fm ni mcm susah. so bila ada yg buat blog ni mcm saudara, satu usaha yg baik (=

keep it up! ^^!

Topik Hangat

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10