Skip to main content

Sekitar Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20)

Salam Sejahtera & Salam Maal Hijrah.




Anugerah Industri Muzik (AIM), sebuah anugerah industri muzik yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) kembali sekali lagi tahun ini untuk kali ke-20. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap karya muzik terbaik yang telah dihasilkan oleh karyawan muzik tempatan sepanjang tahun 2013 ini. Tema anugerah tahun ini adalah 'Meraikan Kemuncak Segala-galanya'.

Majlis anugerah AIM kali ke-20 ini (AIM 20) akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu bersamaan 14 Disember 2013. 

Sebanyak 20 kategori anugerah dipertandingkan tahun ini. Walaubagaimanapun, bagi karyawan muzik yang berkecimpung dalam bidang nasyid dan kerohanian, hanya beberapa kategori yang menjadi tumpuan mereka dan juga pencinta nasyid dalam khalayak umum.

Kategori Lagu Nasyid Terbaik tahun ini menyaksikan kumpulan Hijjaz dicalonkan menerusi dua lagu iaitu Janji Khalifah dan Pemula Langkah. Lagu-lagu ini dimuatkan dalam album terbaru Hijjaz, Janji yang telah dipasarkan sekitar penghujung bulan Mac lalu. Kumpulan Inteam turut tidak ketinggalan apabila dicalonkan menerusi lagu Zikir Susah Senang yang diterbitkan dalam album terbaru mereka, Iman Aman. Lagu lain yang dicalonkan adalah Maafkan Aku yang merupakan single terbaru daripada Nowseeheart (baru  sahaja memasuki carta Ikim) dan lagu Mawar Berdarah dendangan kumpulan Rabbani.

Pemenang tahun lalu: 


Pencalonan bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Berkumpulan) untuk tahun ini dikuasai oleh nama-nama besar dalam industri nasyid. Untuk AIM 20, Inteam mempertaruhkan lagu Syafaatmu (daripada album Iman Aman) manakala kumpulan Saujana bersaing menerusi lagu Salam Atasmu (daripada album terbaru mereka, Aku Cinta Allah). Lagu Maafkan Aku daripada Nowseeheart turut tercalon dalam kategori ini selain lagu Ya Hanana daripada kumpulan UNIC

Album Zikir Terapi Diri 2 daripada Hafiz Hamidun pula tersenarai dalam kategori Kulit Album Terbaik. Rekaan kulit album ini dihasilkan oleh saudara Nizam Ahmad.

Lagu Jauh Ke Syurga nyanyian Ana Raffali pula dicalonkan menerusi kategori Video Muzik Terbaik. Lagu ini pernah tersenarai dalam Carta Ikim untuk beberapa ketika.

Kategori Album Nasyid Terbaik kali terakhir dipertandingkan dalam AIM 17
dengan album Allahu Rabbi (Inteam) dinobatkan sebagai pemenang.

Senarai kategori yang melibatkan artis nasyid adalah seperti berikut:

Lagu Nasyid Terbaik
Janji Khalifah - Hijjaz 
Pemula Langkah - Hijjaz 
Zikir Susah Senang - Inteam 
Maafkan Aku - Nowseeheart 
Mawar Berdarah - Rabbani 

Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Berkumpulan)
Forteen - Kita
Inteam - Syafaatmu
Nowseeheart - Maafkan Aku
Saujana - Salam Atasmu
UNIC - Ya Hanana

Kulit Album Terbaik
Penghibur Jalanan - Amir Jahari 
Faizal Tahir - Faizal Tahir 
Goldfish & Blink - GoldFish & Blink 
Zikir Terapi Diri 2 - Hafiz Hamidun 
Penglipur Lara - Hazama 

Video Muzik Terbaik
Dwihati - Aizat feat. Yuna 
Tanpamu - Amir Jahari
Jauh Ke Syurga - Ana Raffali
Feraless Heart - Mr Fluff
#1 - Pretty Ugly & Altimet

Senarai penuh bagi calon-calon finalis AIM 20 boleh dilihat di sini.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)