Skip to main content

Sekitar Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19)

Salam Sejahtera. 

Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) kembali sekali lagi untuk tahun 2012 bagi memberi penghargaan kepada karyawan muzik negara kita yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun ini. 

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan secara keseluruhan tetapi hanya beberapa kategori yang menjadi fokus kita. Sudah tentu kategori yang menjadi perhatian para pengkarya nasyid tanah air adalah kategori Lagu Nasyid Terbaik selepas ketiadaan kategori Album Nasyid Terbaik yang dimansuhkan mulai tahun lalu. 

Untuk AIM 19, kategori Lagu Nasyid Terbaik dikuasai oleh Hafiz Hamidun dengan 3 lagu gubahan beliau dicalonkan. Lagu-lagu tersebut adalah lagu bertajuk Allah (karya sepenuhnya oleh Hafiz), Asmaulhusna (nyanyian Mawi) dan GarisanMu (Izzat Mahadi, bekas anggota Mirwana). 2 lagi lagu dalam kategori ini adalah lagu Doa daripada Nora dan Erti Al Fatihah nyanyian Voices of Ummi. Lagu GarisanMu dan Doa sebelum ini pernah mendapat tempat dalam Carta Ikim.fm.

Hafiz Hamidun turut dicalonkan dalam kategori Rakaman Album Terbaik menerusi album hit beliau ‘Zikir Terapi Diri’. Kategori yang sama turut menyaksikan pencalonan Nora menerusi album terbaru beliau, Hikmah. Album Hikmah juga turut dicalonkan dalam kategori Album Terbaik bagi AIM 19. 

Sementara itu, kumpulan Firdaus yang baru sahaja menghasilkan album terbaru mereka berjudul ‘Saat Terindah’ turut menerima 2 pencalonan menerusi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (lagu Saat Terindah) dan juga Video Muzik Terbaik (lagu Kerna-nya Aku Menolakmu). 

Pencalonan penuh untuk kategori yang melibatkan artis dan lagu nasyid/ketuhanan adalah seperti berikut: 

Lagu Nasyid Terbaik 
Asmaulhusna – Mawi 
Allah – Hafiz Hamidun 
GarisanMu – Izzat Mahadi 
Doa – Nora 
Erti Al Fatihah – Voices of Ummi 

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu 
Saat Terindah – Firdaus 
Seperti Dulu – Forteen 
Kerana Kasihmu – GX4 
Main Jauh-jauh – Prince of Pop 
Sesaat Kau Datang – Sleeq feat. Ramlah Ram 

Album Terbaik 
Sang Enemy – Hujan 
Hikmah – Nora 
Take Off – Pesawat 
Salam Musik – Salam Musik 
Stay-C – Stacy 

Rakaman Album Terbaik 
Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun/CL Toh 
Raja Pop 2 – Jamal Abdillah/Eddie Slam/ Greg Henderson/ Voodoo/Illegal 
Menggoda – Kat Hassan/ Edrie Hashim/Manusia Putih/Cat Farish 
Hikmah – Nora/Rahmad Ayob 
Perjalanan – Shanel/Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/ Arief Renald 

Video Muzik Terbaik 
Kerana-nya Aku Menolakmu – Firdaus 
Bila Seharusnya – Goldfish and Blink feat. Noh Salleh 
Pelangi Senja – Stacy 
Terlalu Mencintaimu – Suki Liow 
Sparkle – Yuna 

AIM 19 akan dilangsungkan pada 17 November 2012 ini.
Senarai lengkap pencalonan bagi AIM kali ini boleh dilihat di sini.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)