Tuesday, September 13, 2016

Album Nasyid Baru #5 - Siti Nordiana, Suhaimi Saad, Harris J

Salam

Sudah lama rasanya blog ini tidak menampilkan album nasyid dan kerohanian terbaru hasil karya artis-artis nasyid tempatan dan antarabangsa. Kali ini kita akan cuba melihat album-album yang telah dihasilkan sejak entri sebegini ditulis buat kali terakhir di sini.

Dapatkan album nasyid/zikir/selawat/bacaan Al-Quran di sini!



Mizie Kamis - Kini '15


Pemuda berusia 25 tahun dari Kedah ini mengambil langkah berani menerbitkan album menerusi syarikatnya sendiri, MK Production. 80% lagu dalam album ini juga merupakan hasil ciptaan beliau sendiri seperti Di Suatu Masa dan Kasih Yang Satu.

Siti Nordiana - Anakku Sayang


Mendahului 'comeback' Siti Nordiana (Nana) dalam industri hiburan tanah air sebelum kejayaan beliau dalam rancangan Gegar Vaganza, album yang memuatkan lagu-lagu bercorak kekeluargaan ini diterbitkan oleh Arteffects.

Mel Wings - Keampunan


Album berkonsepkan spiritual ini menceritakan perjalanan seorang hamba Allah dalam mencari keredhaan-Nya. Album bekas vokalis kumpulan Wings ini memuatkan 12 lagu seperti Keampunan dan Rasul Pilihan (duet bersama Sham Kamikaze) serta diedarkan di pasaran oleh Inteam Records & Sony Music.

Suhaimi Saad - Maksud Hidup


Album solo ketiga artis nasyid yang agak kontroversi sejak kebelakangan ini memuatkan karya terbaru beliau seperti Cinta Sidna, Maksud Hidup serta beberapa trek zikir. Wajib beli. Tolonglah.

If-One - Zikir Buat Hati


Percubaan pertama If-One dalam industi nasyid tanah air membawa kepada penghasilan album yang mengandungi lagu nasyid seperti Perjalanan, zikir seperti La Ilaha Illa Anta dan tazkirah daripada PU Faiz dan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Pelbagai Artis  - Dunia Sementara Akhirat Selamanya


Album kompilasi terbitan Arteffects International ini mengambil kesempatan untuk memperkenalkan duo Medina dari Indonesia dengan 'single' pertama mereka iaitu Dunia Sementara Akhirat Selamanya. Album ini turut menampilkan lagu daripada Mawi, Daly Filsuf, Najwa Latif, Amir Jahari, 6ixth Sense dan ramai lagi.

Harris J - Salam


Remaja Muslim Britain berketurunan India/Ireland ini merupakan pemenang Awakening Talent Contest anjuran Awakening Records pada tahun 2013. Album sulung Harris J yang bercorak pop ini menyandarkan kekuatan kepada lagu popular beliau iaitu  'Salam Alaikum'. 

Inteam - Miracle Hits

Sebuah lagi album kompilasi kumpulan Inteam yang memuatkan 15 lagu terbaik mereka termasuk single terbaru '#Surat Cinta' yang pernah tersenarai dalam Carta Nasyid IKIM.fm. 

Dapatkan dengan segera, sementara stok masih ada.
Tidak lupa juga, salam Aidiladha untuk semua pengunjung setia blog ini. :)

No comments: