Skip to main content

Keputusan Anugerah Nasyid 2017 (#AN17)





Anugerah Nasyid 2017 (AN17) telah pun selamat dilangsungkan dengan gilang-gemilang pada hari Sabtu 13 Januari 2018 yang lalu di Stadium Melawati Shah Alam. Berikut adalah keputusan penuh #AN17:

Kategori Terbaik:
Juara
Syahadah - Fadzli Fareast

Naib Juara
Salam - Lah Ahmad

Tempat Ketiga
Jalan Syahadah - Daqmie

Persembahan Terbaik
Syahadah - Fadzli Fareast

Vokal Terbaik
Syahadah - Fadzli Fareast

Lirik Terbaik
Penyelamat - Hafiz Hamidun

Artis Baru Terbaik
Simfoni

Video Muzik Terbaik
Ajarkan Aku Setia - Al-Manna

Kategori Pilihan Pendengar:
Lagu Pilihan
Syamail Muhammadiah - UNIC

Artis Solo Pilihan
Fadzli Fareast

Artis Duo/Berkumpulan Pilihan
UNIC

Tahniah kepada semua pemenang!

Pemenang kategori anugerah juara dan terbaik diadili barisan juri profesional yang diketuai oleh Farihin Abdul Fatah. Sementara bagi kategori pilihan pendengar, keputusan ditentukan menerusi undian di laman sesawang IKIM.fm. 

Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM 10000, RM 8000 dan RM 5000 serta kepingan emas bernilai RM 15000, RM 13000 dan RM 6000 setiap satu. Manakala bagi setiap pemenang anugerah kategori-kategori lain, mereka membawa pulang wang tunai RM 1500 dan kepingan emas. Semua pemenang juga turut menerima trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah ini diacarakan oleh barisan personaliti IKIM.fm dan TV Al-Hijrah iaitu Suffian Amrin, Faiz Haji Othman, Syafinaz Yunuz dan Amy Sofia Ahmad. AN17 juga telah disiarkan secara langsung menerusi TV Al-Hijrah, radio IKIM.fm dan TV IKIM. Turut berlangsung untuk memeriahkan majlis ialah Karnival Mahabbah IKIM.fm yang mengambil tempat di perkarangan Stadium Melawati Shah Alam.

Semoga kita berjumpa lagi dalam edisi yang akan datang.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)