Skip to main content

Menjelang Anugerah Nasyid 2017 (AN17)


Setelah kira-kira dua tahun menyepi, sekali lagi IKIM dengan kerjasama TV Al-Hijrah kembali menganjurkan anugerah nasyid untuk memberi pengiktirafan kepada penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan penggubah lagu-lagu bercorak nasyid dan ketuhanan. Penganjuran Anugerah Nasyid oleh IKIM ini adalah untuk kali keempat sejak tahun 2004. Kali ini anugerah ini dijenamakan semula sebagai Anugerah Nasyid 2017 (AN17)


Sejumlah 30 buah lagu terbaik daripada Carta Nasyid IKIM.fm musim ketujuh yang disiarkan di radio IKIM.fm dari Januari 2015 hingga Mei 2017 telah dipilih untuk layak ke peringkat separuh akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN17). Lagu-lagu ini telah dipersembahkan dalam tiga peringkat separuh akhir yang telah berlangsung pada 11, 18 dan 25 November 2017 yang telah disiarkan secara langsung menerusi radio IKIM.fm, TV IKIM dan juga TV Al-Hijrah.


10 lagu yang layak ke peringkat akhir AN17 telah diumumkan setelah tamat sesi separuh akhir ketiga pada 25 November 2017 yang lalu. Lagu-lagu ini merupakan hasil pilihan juri profesional. 

1) Salam - Lah Ahmad 
2) Penyelamat - Hafiz Hamidun
3) Syahadah - Fadzli Fareast
4) Jalan Syahadah - Daqmie
5) Kalah Dalam Menang - Mawi feat. Syamsul Yusof
6) Jangan Bimbang - Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain & Dani Loka
7) Ana Muslim - Simfoni
8) Syamail Muhammadiah - UNIC
9) Jom Selawat - Heliza Helmi & Hazwani Helmi
10) Dalam Aku - Rabbani feat. Black

Sebanyak lapan kategori anugerah bakal dipertandingkan dalam AN17:

1) Juara Anugerah Nasyid 2017
2) Naib Juara Anugerah Nasyid 2017
3) Tempat Ketiga Anugerah Nasyid 2017
4) Anugerah Lirik Terbaik
5) Anugerah Persembahan Terbaik
6) Anugerah Vokal Terbaik
7) Anugerah Artis Baru Terbaik
8) Anugerah Muzik Video Terbaik

Manakala bagi kategori anugerah berikut, undian dibuka kepada semua peminat

1) Anugerah Lagu Pilihan
2) Anugerah Artis Solo Pilihan
3) Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi artis kegemaran anda! Undi di SINI ya!

Antara finalis Anugerah Nasyid 2017

Anugerah Nasyid 2017 (AN17) bakal berlangsung pada hari Sabtu, 13 Januari 2018 di Stadium Malawati, Shah Alam dan akan disiarkan menerusi radio IKIM.fm, TV Al-Hijrah dan TV IKIM (Online).  

Segala maklumat tentang Anugerah Nasyid 2017 (AN17) dan tiket masuk (percuma tetapi terhad) boleh didapati di laman sesawang ini.

Selaras dengan perkembangan pesat media sosial hari ini (facebook, instagram, twitter) jangan lupa untuk tanda pagar (hashtag) berikut bagi perkembangan terbaru berkaitan AN17:

#AN17
#AnugerahNasyid2017
#AnugerahNasyid

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)