Skip to main content

Album Nasyid Baru #6 - Daqmie, Lah Ahmad, Rabbani, Maher Zain

Salam sejahtera.

Edisi kali ini mempersembahkan rangkuman album-album nasyid terbaru yang telah memasuki pasaran muzik tanah air beberapa bulan yang lalu.

Masih belum terlambat untuk kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan 
mendoakan supaya roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Satu kehilangan besar kepada industri nasyid Malaysia.


Voices of Ummi 2 - Rasulullah S.A.W


Lagu Voice of Ummi (VOU) sebelum ini seperti Erti Al-Fatihah bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak malah golongan dewasa. Kini Nora, Putri, Alif Johan dan Voice of Ummi kembali bergabung menerusi album yang mengandungi 13 trek lagu yang sudah pasti membawa pelbagai mesej positif untuk seisi keluarga.

Daqmie - Budi



Juara Anugerah Nasyid IKIM 2014 menerusi lagu Tangis Sebatang Tamar kini tampil dengan album solo kedua selepas Maulaya (2013). 13 buah lagu dipertaruhkan termasuk 3 lagu baru seperti Jalan Syahadah  selain 10 lagu lama yang dirakam semula seperti Sifat Mahmudah dan Tiada Yang Kekal.

Lah Ahmad - Sempurna & Terbaik 


Album ini merupakan album solo kedua Lah Ahmad selepas Jalan Untuk Kembali (2014). Masih lagi mengekalkan konsep sebelum ini, beliau mempersembahkan lagu-lagu seperti Maulaya, Mengelamun (feat. Altimet) dan Sempurna & Terbaik untuk halwa telinga peminat di seluruh negara. 

Rabbani - Yang Benar


Album penuh Rabbani yang pertama sejak 2009 ini dihasilkan menerusi kerjasama antara mereka dan Edry KRU. Kali ini, Rabbani mempertaruhkan lagu-lagu seperti Yang Benar dan Syukur. Selain itu mereka juga bekerjasama dengan Dato' Siti Nurhaliza menerusi lagu Muhammad Al-Amin dan Black (Dalam Aku).

Maher Zain - One


Setelah empat tahun menyepi, akhirnya Maher Zain kembali dengan album terbaru berjudul One. Album kali ini menampilkan susunan muzik yang lebih segar berbanding album sebelumnya. Antara lagu yang menarik termasuklah The Power, Medina, I'm Alive (feat. Atif Aslam) dan The Way of Love (feat. Mustafa Ceceli).

Various Artists - Inspirasi 25 Rasul


Bertitik tolak daripada Kempen 25 Rasul yang dianjurkan saluran Astro Oasis, sebuah album yang mengandungi tujuh lagu berdasarkan kisah 25 rasul yang terpilih telah diterbitkan oleh pihak Astro. Antara artis popular yang terlibat dalam album ini termasuk Faizal Tahir, Hazama, Aizat Amdan, Altimet dan Hafiz.

Ustaz Fadli Samin - Ku Mohon


Ustaz Fadly Samin merupakan seorang motivator terkenal di sekitar negeri Melaka. Album edaran Inteam Records ini menggabungkan lagu nasyid, tazkirah, motivasi dan zikir terapi. Selain itu, album ini turut menampilkan personaliti nasyid popular seperti Raqib Majid dan Allahyarham Salleh Brothers.

The Mikraj - The Mikraj


The Mikraj ialah gabungan empat orang penasyid: Fadzli (ex-UNIC), Adi Akmal (Devotees), Taqi (Nice) dan Asyraf (Nur One). Album terbitan Arteffects Sdn. Bhd. ini mengandungi lagu qasidah dan selawat seperti Qod Kafani dan Solatun Salam yang diberi nafas baru selain single pertama mereka, Cinta Kami.

Fitri Haris - Garis Takdir


Garis Takdir yang dipilih Fitri Haris membawa kepada kita album penuh pertama beliau. Mengandungi 10 buah lagu seperti Garis Takdir, Segala Puji, Cinta Hakiki dan Epilog Seorang Manusia, album ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis undangan seperti Epy Syafik, Hafiz Udu dan Shahril.


Dapatkan segera album nasyid pilihan anda di pasaran!

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)