Skip to main content

Imbas Kembali: Pertandingan Cipta Lagu Nasyid JKKN 2013

Assalamualaikum. 

Segmen imbas kembali kali ini membawa anda kembali ke tahun 2013.

sila zoom in untuk maklumat lanjut


Sebagai salah satu pengisian Festival Ramadan 2013, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) telah menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Nasyid dan Pertandingan Cipta Lagu Raya sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun tersebut. Dua pertandingan ini telah dianjurkan dengan kerjasama IKIM.fm dan Nasional.fm. Lagu-lagu yang layak menyertai pertandingan ini telah disiarkan sepanjang tempoh pertandingan di kedua-dua stesen radio tersebut. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengembangkan koleksi lagu-lagu nasyid dan hari raya di Malaysia.

Namun fokus kita kali ini lebih menjurus kepada Pertandingan Cipta Lagu Nasyid. Daripada penyertaan-penyertaan yang dihantar kepada pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), sebanyak 16 buah lagu telah disenarai pendek untuk peringkat akhir. Peminat berpeluang untuk mengundi lagu-lagu yang disukai menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga menerusi laman sesawang JKKN. Tiga lagu yang mendapat undian terendah telah disingkirkan pada 28 Julai 2013. Tiga lagi lagu yang mendapat undian terendah turut menerima nasib yang sama pada 4 Ogos 2013. Baki 10 lagu yang masih kekal telah berentap sesama sendiri hingga 16 Ogos 2013 untuk menentukan lagu mana yang bakal memenangi hadiah utama. 

Situasi pertandingan setelah dua penyingkiran dijalankan

Pemenang pertandingan ini telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000 dan sijil penyertaan. Manakala lima lagi penyertaan telah memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM 1,000 bersama sijil penyertaan.

Pertandingan Cipta Lagu Nasyid 2013 telah dimenangi oleh lagu "Setelah Engkau Pergi" yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Azalinor Abdul Rahman. Beliau juga adalah anggota kumpulan Saujana.

Anda boleh mendengar lagu-lagu yang telah dipertandingkan di sini. 



Senarai Lagu yang Menyertai, Pencipta dan Penulis Lirik

10 Lagu yang Layak ke Peringkat 10 Terbaik:
1) Setelah Engkau Pergi (Azalinor Abdul Rahman / Azalinor Abdul Rahman)
2) Hidup dan Pilihan (Arif Muazzim Abdul Rahman / Ahmad Fadzli Yusof) 
3) Seluruh Nafas Suatu Lafaz (Shahrel Effendy / Ruzida Ismail)
4) Izinkan (Rustam Muhamad / Rustam Muhamad)
5) Ku Taubat Nasuha (Mohd Fadli Mazlan / Mohd Fadli Mazlan)
6) Ahlan Ramadan (Ezdiani Ilyah Waharudin / Ezdiani Ilyah Waharudin)
7) Keluhan Keinsafan (Iskandar Shah / Iskandar Shah)
8) Bisikan Taubat (Mohd Shahbanie Faisal / Mohd Shahbanie Faisal)
9) Cahaya Dinanti (Mohammad Zul Zamrie Hassim)
10) Marhaban Ya Ramadhan (Syakir Khalid / Syakir Khalid)

Lagu Terkeluar pada 4 Ogos 2013
11) Anugerah (Wan Muhammad Salehuddin / Ajie)
12) Tekad (Andy Mirza Hussin / Qhairol Nizam Abu Bakar)
13) Perjuangan Dakwah (Abdul Hakim Abdul Rahman / Faridah Zulkipli)

Lagu Terkeluar pada 28 Julai 2013
14) Harus Tabah (Irwan Hisham / Irwan Hisham)
15) Islam Yang Syumul (Zuraimi Ab Manaf / Zuraimi Ab Manaf)
16) Pujian UntukMu (Rosli Md Kasa / Rosli Md Kasa)

Sumber: Facebook JKKN dan Beautifulnara.com

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)