Skip to main content

Rangkuman Album Nasyid Terbaru 2014 di Pasaran! #3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Imbas kembali 2014: Hijjaz berjaya tersenarai sebagai finalis 
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2014 (ABPBH 2014)

Rasanya sudah agak lama kolum Dapatkan Album Nasyid Terbaru di Pasaran! berehat lantaran kesibukan (dan kemalasan.. haha) adminblog untuk mengarang entri berkenaan album nasyid yang diterbitkan di Malaysia. Oleh itu, untuk kali ini mari kita imbas kembali beberapa album yang telah diterbitkan sepanjang tahun lalu sejak kali terakhir kolum ini disiarkan pada bulan Ogos 2014.



Far East - Aku Zikirkan NamaMu


Kali terakhir muncul dengan album Halawatul Iman II: Saat Lafaz Sakinah pada tahun 2010, kumpulan Far East kembali dengan album terbaru yang menghimpunkan alunan nasyid, doa, zikir, qasidah dan tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Rodzie dalam satu album.

Muhibbain - #LoveCintaMahabbah


Sebanyak 14 buah lagu ditampilkan menerusi album kedua The Muhibbain. Untuk album ini Erwan Muhibbain berkolaborasi dengan Adib daripada kumpulan Fabulous Cats. Lagu Cukup Bagiku (duet bersama Lah Ahmad) dijangka akan mendapat sambutan ramai.

Iwan Syahman - R.A.S.A (Rindu Allah Sayang Allah)


Menyusuli album Segalanya Allah pada tahun 2011, Iwan Syahman kembali dengan album kedua beliau. Lagu duet beliau bersama anaknya Iwan Junior, R.A.S.A (Rindu Allah Sayang Allah) telah diangkat sebagai Lagu Nasyid Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) hujung tahun lalu.

Raqib Majid - Luahan Rasa

Daripada Akademi Fantasia ke industri nasyid via 
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Lagu seperti Bintang Syurga (duet bersama UNIC), Luahan Rasa dan Kembali adalah antara yang dimuatkan dalam album sulung Raqib Majid ini yang diterbitkan oleh UNIC Records.

Masriezan Masri - Mengejar Impian


Masriezan Masri adalah vokalis kumpulan Varianz yang popular dengan lagu Pergilah Dunia dan Hingga Ke Akhirnya (feat. Izzat Mahadi) satu ketika dahulu. Lagu yang dijangka akan mendapat sambutan termasuklah Mencintaimu, Insan Istimewa dan Mengejar Impian.

Al-Manna - Selawat Kita Semua

Selain berbakat dalam nasyid, Al-Manna turut sibuk dalam 
perniagaan busana Muslim dan khidmat konsultasi

Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Al-Manna cukup bertuah apabila album sulung mereka mendapat sentuhan daripada nama-nama besar industri nasyid tempatan seperti Bazli Hazwan, Halim Ahmad dan Wan Salleh. 

Pelbagai Artis - Koleksi Nasyid Indie Volume 3 : Simbolik

Album ini boleh didapati secara online di sini

Beralih kepada nasyid indie, album ini adalah kesinambungan dua album nasyid indie terdahulu iaitu Koleksi Nasyid Indie Volume 1: Nasyid Underground dan Volume 2: Semesta Bertahmid. Antara yang tampil menyumbangkan lagu dalam album ini termasuk kumpulan Devo, Feelhoney, Hilwan, Byhaq, Che An dan Idris Shamsuddin.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)