Thursday, January 8, 2015

Menjelang Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 (ANI 2014)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Pertandingan akhir Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 (ANI 2014) kini semakin hampir. 10 buah lagu akan berentap untuk menentukan lagu manakah yang berhak diangkat sebagai juara Anugerah Nasyid IKIM.fm (dulu dikenali sebagai Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm - ACNI). Pastinya artis-artis yang bertanding sedang gigih merancang dan melakukan persiapan untuk membuat persembahan terbaik pada malam kemuncak Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 (ANI 2014) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 10 Januari 2015 ini. Acara gilang-gemilang ini akan disiarkan menerusi TV Al-Hijrah, radio Ikim.fm dan televisyen online Ikim.fm.


Mari kita imbas sekali lagi kedudukan finalis-finalis yang bertanding.

#1
Lagu: Al-Haq... Yang Satu 
Penyanyi: Mawi feat. Dato' AC Mizal
Komposer: Sheikh Qalam
Lirik: Jeff A To Z & Mawi

Kegagalan lagu Al-Haq... Yang Satu dan Jodoh Berdua 
di pentas separuh akhir Muzik Muzik 29 ada hikmahnya.

Kejayaan lagu ini layak ke peringkat akhir ANI sekurang-kurangnya mengubat kekecewaan mereka yang gagal menempah tempat ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29). Lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri dengan gabungan mantap vokal Mawi dan rap oleh Dato' AC Mizal.


#2
Lagu: Dalam Sujud Cintaku 
Penyanyi: Halim Ahmad
Komposer & Lirik: Halim Ahmad

Akhir-akhir ini album bercorak zikir terapi mendapat 
permintaan lebih tinggi berbanding album nasyid.

Kumpulan Devo (dahulu Devotees) mungkin tidak layak ke ANI 2014, tetapi Halim Ahmad akab bertindak selaku wakil kumpulan ini pada malam anugerah nanti iaitu Halim Ahmad. Single ini sebenarnya sudah agak lama dihasilkan namun hanya dicalonkan dalam Carta IKIM pada tahun lalu.


#3
Lagu: Iman & Aman
Penyanyi: Inteam
Komposer: Dakmie
Lirik: B. Nury

Masa terbaik untuk kemunculan Inteam Reunited?

Lagu yang mementingkan pembawaan vokal dan tarannum ini akan menjadi satu cabaran untuk Inteam mempersembahkannya secara "live", Inteam juga mungkin akan tampil tanpa kelibat Syah yang masih belum sembuh sepenuhnya daripada jangkitan paru-paru tempoh hari.


#4
Lagu: Jodoh Berdua
Penyanyi: Hafiz Hamidun
Komposer: Adnan Abu Hassan
Lirik: Hafiz Hamidun

Selamat melangsungkan perkahwinan kepada saudara/saudari 
yang bakal melangsungkan pernikahan tahun ini.

Antara lagu paling popular di stesen radio tempatan sepanjang tahun 2014, Sekali imbas, lagu ini tidak kelihatan seperti lagu tipikal nasyid. Hafiz Hamidun akan menjadi satu-satunya artis yang bakal muncul dengan dua buah lagu pada malam kemuncak ANI 2014 nanti.


#5
Lagu: Kasih Padamu
Penyanyi: Hafiz Hamidun
Komposer: Hafiz Hamidun
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Sehingga artikel ini ditulis, halaman Facebook milik Hafiz Hamidun 
mempunyai 1,747,960 'likes'

Kemunculan lagu paling lama bertahan dalam Carta IKIM musim keenam ini pada malam kemuncak ANI 2014 sangat sesuai dengan kedatangan bulan Rabiul Awal untuk tahun ini. Cintakan rasul, amalkan sunnah.


#6
Lagu: Maafkan Aku 
Penyanyi: Nowseeheart
Komposer & Lirik: Azahari Nowseeheart

2015: Album terbaru Nowseeheart, 
akan terbit di pasaran tidak lama lagi

Walaupun tanpa kehadiran Denzel Washington dan John Travolta, Nowseeheart bakal tampil dengan irama rock menerusi lagu ini. Sama-sama kita nantikan kemunculan Nowseeheart Band pada malam kemuncak ANI 2014 nanti. Al-Fatihah untuk arwah Firdaus (Bob) Nowseeheart.


#7
Lagu: Rindu Ini
Penyanyi: Du'a feat. Ustaz Amal. Al-Kautsar, Anas Tahir & Azfar
Komposer & Lirik: Al-Kautsar

dari kiri: Al-Kautsar, Anas Tahir, Azfar, Ustaz Amal dan kumpulan Du'a

Rasanya sebelum ini masih belum ada lagi lagu yang menampilkan gandingan artis seramai ini layak ke mana-mana pertandingan muzik di Malaysia. Ayah dan ibu, ku merinduimu..


#8
Lagu: Seiring Sehaluan
Penyanyi: UNIC
Komposer & Lirik: Bazli UNIC
UNIC 2015, berdua bersatu. Teruskan berjuang.

Perubahan anggota UNIC berlaku sekali lagi dengan kali ini, Fadzli pula memilih untuk berundur, Untuk malam kemuncak ANI 2014 nanti, lagu bercorak motivasi ini akan dipersembahkan secara duet oleh Bazli dan Fakhrul InsyaAllah.


#9
Lagu: Tangis Sebatang Tamar
Penyanyi: Daqmie
Komposer: Daqmie
Lirik: ITO Lara

Allahumma Shalli 'Ala Muhammad

Juara selama 22 minggu berturut-turut dalam Carta IKIM,fm musim keenam ini adalah antara lagu yang disebut-sebut bakal dinobatkan juara ANI 2014 tahun ini. Sebuah lagi lagu yang relevan sempena kedatangan Maulidur Rasul 1436 Hijrah.


#10
Lagu: Ucaplah Alhamdulillah
Penyanyi: Amirul Haswendy
Komposer: Irwan Hisham
Lirik: Irwan Hisham

Inilah dia jejaka 'misteri' yang bernama Amirul Haswendy 

Tidak ramai yang menjangka lagu ini mampu layak sehingga peringkat akhir ANI 2014. Namun apa yang pasti lagu ini bukanlah sekadar pelengkap kepada lagu-lagu lain yang bertanding. 



Lagu mana yang akan dinobatkan sebagai juara ANI 2014?
Lagu mana lagi yang akan membawa pulang anugerah yang dipertandingkan?
Jangan lupa temu janji anda pada hari Sabtu 10 Januari 2015 ini. 

#ANI2014

No comments: