Wednesday, December 31, 2014

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)

Salam Sejahtera.


Anugerah Carta Nasyid IKIM 2007 (ACNI 2007) telah dirancang untuk dianjurkan sekitar akhir tahun 2007 atau awal tahun 2008. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, acara kali ini telah dibatalkan. 

Thursday, December 25, 2014

Sekitar Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21)


Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke-21 telah selamat diadakan pada 6 Disember 2014 yang lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Acara yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil karya muzik komposer tempatan sepanjang tahun 2014 ini turut disiarkan di saluran Astro Ria.

Sunday, December 21, 2014

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Salam Sejahtera.


Masih segar dengan sambutan hangat yang diterima sewaktu acara ini dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2004, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kembali menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (ACNI) untuk kali kedua pada tahun 2005. Anugerah kali ini telah diadakan pada 10 Disember 2005 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor. Acara ini disiarkan secara langsung menerusi saluran radio IKIM.fm.

Sunday, December 14, 2014

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2004 (ACNI 2004)

Salam Sejahtera.



Pada tahun 2004, pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (ACNI) buat julung kalinya. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada sumbangan karyawan nasyid tanah air. Lagu-lagu yang layak ke peringkat akhir ACNI adalah lagu yang paling konsisten dalam kedudukan Carta IKIM yang dulunya dikenali sebagai Carta Pilihan Utama Nasyid (PUN) kelolaan Mohd Erwan Johari yang bersiaran setiap Jumaat malam Sabtu di IKIM.fm.

Sunday, December 7, 2014

Finalis Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI 2014) Diumumkan!

Salam Sejahtera.


Kira-kira sebulan lagi Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 (ANI 2014) akan dianjurkan untuk memberikan pengiktirafan kepada sumbangan karyawan nasyid dan lagu ketuhanan tanah air termasuklah komposer, penyanyi dan penulis lirik. Sebelum ini, Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI) yang dikenali sebagai Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (ACNI) telah dianjurkan kali terakhir pada tahun 2005. Penganjuran ANI kali ini diharapkan akan mampu memartabatkan kembali industri nasyid tanah air dengan kehadiran pelbagai lagu bercorak nasyid dan ketuhanan pada masa kini.