Skip to main content

Sekitar Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21)


Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke-21 telah selamat diadakan pada 6 Disember 2014 yang lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Acara yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil karya muzik komposer tempatan sepanjang tahun 2014 ini turut disiarkan di saluran Astro Ria.



Seperti biasa, fokus kita cuma kepada kategori Lagu Nasyid Terbaik yang memberikan pengiktirafan khusus kepada karyawan industri nasyid dan kerohanian tanah air. Senarai pencalonan bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik adalah seperti berikut: 

Finalis AIM 21 : Kategori Lagu Nasyid Terbaik 


Andai Esok - Akhil Hayy
Single terbaru daripada Akhil Hayy, diterbitkan sekitar bulan Mei dan Jun tahun lalu. Menurut beliau, lagu ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan manusia.


Insan - Alif Johan
Lagu ini pernah tersenarai dalam Carta IKIM.fm musim keenam selama 2 minggu.


Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) - Iwan Syahman & Iwan Junior
Sebuah lagu rancak daripada album terbaru Iwan Syahman yang sudah pun berada di pasaran sejak Oktober lalu.


Satu Kalimah - Damai & Friends
Kumpulan Damai yang popular sebelum ini dengan lagu Rahmat Kasih mempertaruhkan lagu ini untuk saingan AIM 21. 


Selamanya Bahagia - Nora feat. Mosyi, Alif & Putri
Dalam lagu ini, Nora berduet bersama anak-anak beliau. Sebelum ini Nora pernah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik dalam AIM 18 menerusi lagu Pedoman.


Keputusan Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21)


Untuk AIM 21 kali ini, anugerah bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik dimenangi oleh lagu Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) yang dipersembahkan oleh Iwan Syahman & Iwan Junior

Lagu Selamanya Bahagia dendangan Nora, Mosyi, Alif dan Putri juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)