Skip to main content

Carta IKIM.fm Edisi Khas #3

Salam Sejahtera.


Mulai hari Ahad (19 Oktober 2014), Carta IKIM.fm kembali ke udara untuk mengupas senarai 30 lagu yang telah terpilih untuk memasuki penjurian profesional bagi memilih 10 lagu terbaik yang akan bertanding pada malam Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI) pada 10 Januari 2015 nanti.

Untuk siaran hari Ahad 2 November 2014, kumpulan Aidil telah diundang ke studio sebagai tetamu. Kumpulan Aidil (atau dulunya Ideal) pernah menyertai Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm pada tahun 2005 menerusi lagu Bukalah Hatimu. Kini dijenamakan semula sebagai Aidil, kumpulan ini kembali aktif bersama ahli-ahli baru dan telah merakamkan sebuah album bersama Arteffects Records. Antara lagu popular mereka kini termasuklah Cuba, Ku Yakin Berlaku (feat. Hafiz Hamidun), Aku Percaya (feat. Bob Yusof) dan Jalan Cintaku.


10 lagu yang menjadi perhatian pada minggu ini menggenapkan senarai 30 lagu yang layak ke peringkat saringan ANI untuk diadili oleh barisan juri profesional.

(21) Maha Suci Allah - UNIC feat. Amer Almawlid
Minggu Dalam Carta: 21 minggu, Tempat Terbaik: ke-2

Sebuah lagu berentak R&B yang disulami zikir dan selawat.


(22) Rindu Ini - Du'a feat. Ustaz Amal, Al-Kautsar, Anas Tahir & Azfar
(Alkautsar / Alkautsar)
Minggu Dalam Carta: 15 minggu, Tempat Terbaik: ke-7

Antara lagu yang menggabungkan paling ramai kombinasi seniman, lagu ini sebenarnya dihasilkan sebagai sebuah lagu untuk Hari Raya Aidilfitri.


(23) Rindukan Cahaya - Mu'adz
(Noe Letto / Noe Letto)
Minggu Dalam Carta: 8 minggu, Tempat Terbaik: Juara (1 kali)

Sebuah lagu yang dekat dengan hati disulami dengan susunan muzik indah dari seberang yang digabungkan dengan vokal Mu'adz.


(24) Sahabat - Najwa Latif feat. Syamkamarul & Sleeq
(Najwa Latif / Ika Latif)
Minggu Dalam Carta: 10 minggu, Tempat Terbaik: ke-4

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah ini lagu nasyid? Elemen nasyid dalam lagu ini terletak pada mesejnya iaitu persahabatan.


(25) Seiring Sehaluan - UNIC
(Bazli UNIC / Bazli UNIC)
Minggu Dalam Carta: 42 minggu, Tempat Terbaik: Juara (3 kali)

Lagu yang mudah mesra dengan pendengar, ringan dan membawa mesej positif. Sesuai dijadikan sebagai lagu motivasi di sekolah.


(26) Syahadah Rabaah - Fetya
(Fuad Jamil / Fuad Jamil)
Minggu Dalam Carta: 13 minggu, Tempat Terbaik: ke-2

Adakah anda terasa ingin bangkit berjuang selepas mendengar alunan suara daripada barisan pelajar Malaysia di Mesir ini?


(27) Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
(Daqmie / ITO Lara)
Minggu Dalam Carta: 23 minggu, Tempat Terbaik: Juara (23 kali)

Lagu tunggal yang memiliki rekod 100% juara sepanjang ia disenaraikan dalam Carta IKIM.fm. Kekuatan lagu ini cukup terserlah dalam menceritakan kisah sebatang pohon kurma pada zaman Rasulullah SAW.


(28) Tolong Ampunkan - Suhaimi Saad feat. Amir Kaslam
(Elfardie / Elkhoyri)
Minggu Dalam Carta: 13 minggu, Tempat Terbaik: ke-4

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Suhaimi ini dinyanyikan secara duet bersama sahabatnya Amir Kaslam.


(29) Ucaplah Alhamdulillah - Amirul Haswendy
(Irwan Hisham / Irwan Hisham)
Minggu Dalam Carta: 9 minggu, Tempat Terbaik: ke-2

Sebuah lagu yang boleh dianggap sebagai lagu paling misteri daripada senarai 30 ini. Walaupun ringkas, lagu ini mengajak kita supaya sentiasa bersyukur kepada Allah.


(30) Warkah Cinta - Imam Muda Nazrul feat, UNIC
(Bazli UNIC / Ustaz A. Ubaidillah Alias)
Minggu Dalam Carta: 13 minggu, Tempat Terbaik: Juara (1 kali)

Lagu duet UNIC dan Imam Muda Nazrul ini dijadikan lagu tema drama Warkah Cinta siaran TV Al-Hijrah sekitar hujung tahun 2012. Sebuah lagu yang agak berat walaupun berkisar tentang cinta.


Lagu manakah yang akan layak ke peringkat akhir Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI)? Berikan pendapat anda dengan mengundi lagu yang anda rasa paling layak pada ruang undian di sebelah kanan blog ini.

Walau bagaimanapun, hanya juri profesional akan membuat pilihan untuk menentukan lagu mana yang akan layak berentap pada malam 10 Januari 2015 nanti. Sama-sama kita nantikan.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)