Skip to main content

Tiada Lagi Download 4shared

Salam Sejahtera.



Apa khabar semua? Harap saudara saudari sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, mungkin ada yang cuba memuat turun fail-fail yang dimuat naik ke akaun 4shared blog ini namun tidak berjaya.



Sebenarnya, pada 22 September yang lalu saya telah menerima notis perlanggaran hak cipta untuk kali ketiga bagi lagu yang dimuat naik ke akaun berkenaan. Jadi, akaun tersebut tidak lagi mampu anda akses untuk proses muat turun seperti biasa.

notis daripada pihak 4shared

notis (sambungan) 
sila 'zoom in' untuk membesarkan saiz gambar

Mungkin selepas ini anda boleh cuba untuk memuat turun secara sah atau mendengar secara atas talian di laman sesawang seperti iTunes, spotify, reverbnation, last.fm dan lain-lain. Memuat turun secara sah akan membantu artis nasyid mendapatkan hasil daripada karya mereka. Lagipun kos untuk merakamkan sesebuah lagu bukannya murah. Bagi mereka yang mempunyai lebih wang bolehlah membeli cakera padat album berkenaan di pasaran. 

Walau bagaimanapun, Saya tetap akan cuba mencari cara baru untuk memuat naik koleksi lagu yang telah dicalonkan dalam Carta Ikim sejak musim keempat yang lalu untuk tujuan promosi dan kemudahan untuk mereka yang kurang mampu. Jika anda ada sebarang cadangan, bolehlah anda hebahkan di sini. Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang mungkin anda telah alami tempoh hari.

Sekian, 
Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)