Skip to main content

Carta IKIM.fm Edisi Khas #1

Salam Sejahtera.


Mulai hari Ahad (19 Oktober 2014), Carta IKIM.fm kembali ke udara untuk mengupas senarai 30 lagu yang telah terpilih untuk memasuki penjurian profesional bagi memilih 10 lagu terbaik yang akan bertanding pada malam Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI) pada 10 Januari 2015 nanti.

Tetamu yang diundang ke studio minggu ini ialah kumpulan Rabbani, yang pernah muncul juara Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2004 (ACNI 2004) menerusi lagu Hanzalah. Mereka juga memenangi tempat kedua pada ACNI 2005 dengan lagu Yalla Beena (duet bersama Yasin).


10 lagu yang menjadi perhatian untuk edisi kali ini:

(1) AdaMu - Najwa Latif 
Lagu oleh Najwa Latif / Lirik oleh Ika Latif
Minggu Dalam Carta: 24 minggu, Tempat Terbaik: Juara (1 kali)

Lagu ini mungkin disalah anggap sebagai lagu 'jiwang' apatah lagi ia dijadikan lagu tema untuk drama bersiri "Setia Hujung Nyawa". Sebuah lagu yang mendamaikan.


(2) Aku Yang Berdosa - Shahir 
(Sham Kamikaze / Sham Kamikaze)
Minggu Dalam Carta: 26 minggu, Tempat Terbaik: ke-2

Rasanya kekuatan lagu ini terletak pada liriknya yang mengingatkan kita pada penyesalan atas dosa-dosa yang kita lakukan walaupun nikmat-Nya tak pernah putus.


(3) Al-Haq... Yang Satu - Mawi feat. Dato' AC Mizal 
(Sheikh Qalam / Jeff A To Z & Mawi)
Minggu Dalam Carta: 9 minggu, Tempat Terbaik: ke-4

Sebuah lagu moden bercorak ketuhanan terbitan KRU Records. Doa yang dibacakan Mawi dalam lagu ini adalah Hizib Al-Hafiz iaitu sebuah doa pendinding diri.


(4) Bintang Syurga - Raqib Majid feat. UNIC
(Bazli UNIC / Pahrol Mohd Juoi)
Minggu Dalam Carta: 27 minggu, Tempat Terbaik: ke-2

Sebuah lagi lagu dengan lirik yang kuat mengisahkan para syuhada'. Meskipun mereka telah meninggalkan dunia nyata, mereka masih hidup disisi pencipta-Nya..


(5) Bukan Milik Kita - 6ixth Sense
(Adi 6ixth Sense / Adi 6ixth Sense)
Minggu Dalam Carta: 9 minggu, Tempat Terbaik: ke-5

Sebuah lagu rock ketuhanan oleh kumpulan 6ixth Sense yang menceritakan tentang apa yang ada selepas kehidupan. 


(6) Cahaya Seluruh Alam - Almawlid
Minggu Dalam Carta: 16 minggu, Tempat Terbaik: ke-3

Paduan vokal ahli Almawlid dalam lagu bercorak selawat ini menjadi sandaran mereka untuk layak ke peringkat seterusnya.


(7) Cinta Hakiki - Fitri Haris feat. Mospaeda 
(Epy Mospaeda / Epy Mospaeda)
Minggu Dalam Carta: 12 minggu, Tempat Terbaik: ke-5

Sebuah lagu yang ringan dengan susunan muzik yang ringkas mengisahkan tentang hakikat cinta yang sebenarnya. 

*lagu penuh cuma ada versi akustik sahaja di Youtube* 
Versi Live lagu ini ada di sini.

(8) Cukup Kau Untukku - Naim Helmi 
(Kuncidemak / Kuncidemak)
Minggu Dalam Carta: 16 minggu, Tempat Terbaik: ke-3

Sebuah lagu karya Kuncidemak yang santai namun padat dengan mesej yang ingin disampaikan iaitu cinta kepada Allah. Vokal Naim masih mantap seperti dulu.


(9) Dalam Sujud Cintaku - Halim Ahmad 
(Halim Ahmad / Halim Ahmad)
Minggu Dalam Carta: 21 minggu, Tempat Terbaik: ke-2

Berkisar tentang tujuan hidup kita, lagu berentak perlahan ini disulami bait lirik indah yang dialunkan dengan vokal Abdul Halim Ahmad dari kumpulan Devotees (Devo).


(10) Ikramul Kareem - IM Hassan, IM Jabbar, IM Hafiz, IM Naufal & UNIC 
(Bazli UNIC / Bazli UNIC)
Minggu Dalam Carta: 10 minggu, Tempat Terbaik: ke-3

UNIC menampilkan 4 orang Imam Muda dalam lagu yang liriknya diambil daripada zikir Imam Syafie. Secara peribadinya, lagu ini antara lagu nasyid kegemaran saya untuk tahun 2013. 


Bersambung..

Comments

Topik Hangat

Carta Nasyid IKIM.fm 2018: Minggu 10

Imbas Kembali: Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005)

Imbas Kembali: Perancangan Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2007/2008)