Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Carta IKIM.fm Edisi Khas #1

Salam Sejahtera. Mulai hari Ahad (19 Oktober 2014), Carta IKIM.fm kembali ke udara untuk mengupas senarai 30 lagu yang telah terpilih untuk memasuki penjurian profesional bagi memilih 10 lagu terbaik yang akan bertanding pada malam Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI) pada 10 Januari 2015 nanti. Tetamu yang diundang ke studio minggu ini ialah kumpulan Rabbani, yang pernah muncul juara Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2004 (ACNI 2004) menerusi lagu Hanzalah. Mereka juga memenangi tempat kedua pada ACNI 2005 dengan lagu Yalla Beena (duet bersama Yasin).

Mempersembahkan, Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI)!

Salam Sejahtera. Semasa Carta Ikim.fm bersiaran beberapa bulan yang lalu, DJ Erwan pernah mengumumkan bahawa pihak Ikim.fm akan memberikan sebuah 'hadiah istimewa' kepada para peminat. Beberapa minggu kemudian, Carta Ikim.fm Musim Keenam berhenti disiarkan setelah memasuki minggu ke-75 pada 26 Jun 2014 yang lalu. Pengumuman pihak Ikim.fm pada 15 Oktober 2014 merungkai segala persoalan tentang 'hadiah istimewa' tersebut. Akhirnya, selepas menanti selama hampir sepuluh tahun, Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm kembali menemui anda!

Tiada Lagi Download 4shared

Salam Sejahtera. Apa khabar semua? Harap saudara saudari sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, mungkin ada yang cuba memuat turun fail-fail yang dimuat naik ke akaun 4shared blog ini namun tidak berjaya.