Tuesday, July 15, 2014

Dapatkan Album Nasyid Terbaru di Pasaran! #1

Salam Sejahtera.

Lagu terbaru khas untuk Palestin menampilkan Hijjaz, Rabbani, Saujana, UNIC, Inteam, Ramli Sarip, Altimet dan ramai lagi.

Sebagai pengisian sementara untuk menggantikan Carta IKIM yang mungkin tidak bersiaran ke udara sepanjang bulan Ramadhan ini, ada baiknya juga kalau kita cuba memerhatikan album-album nasyid terbaru yang sedang berada di pasaran.



Amar - Cinta Hingga Ke Syurga

Turut disenaraikan dalam album ini adalah lagu-lagu seperti 
Cebisan Kenangan, Nurul Iman dan Amani yang diberi nafas baru

Amar yang kali terakhir merakamkan album pada tahun 2007 kembali dengan album terbaru yang memuatkan dua 'single' terkini beliau, Cinta Hingga Ke Syurga dan Macam Cantik Jer Macam Comel Jer. 

Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri 3

Ingatlah Allah selalu, semoga hati akan menjadi tenang

Setelah dua edisi album Zikir Terapi Diri yang diterbitkan sebelum ini mendapat sambutan hangat, Hafiz Hamidun menampilkan sekali lagi sebuah album zikir untuk tahun ketiga berturut-turut.

Lah Ahmad - Jalan Untuk Kembali

Kita pasti akan kembali, satu hari nanti

Hayati persembahan Lah Ahmad menerusi album solonya Jalan Untuk Kembali yang memuatkan lagu seperti Salam. Album ini diedarkan oleh Inteam Records.

Pelbagai Artis - Satu Suara Satu Kalimah

Lagu 'Insan Mudah Lupa' dendangan Luqman Hakim yang sedang tersenarai 
dalam Carta Ikim juga boleh didapati dalam album ini.

Syarikat Media Asia Productions mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah album nasyid/ketuhanan dengan menggabungkan penyanyi-penyanyi seperti Luqman Hakim, Sham Bard, Ejoey, Burn Ali dan ramai lagi dalam satu album. 

Imam Muda Nazrul & Imam Muda Fakhrul - Warkah Cinta


Album terbitan UNIC Records ini menggabungkan Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Fakhrul. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini termasuk Warkah Cinta dan Selalu Bersama yang pernah tersenarai dalam Carta Ikim sebelum ini.

Simfoni - Mencari Cinta Hakiki

Antara lagu yang dimuatkan dalam album Simfoni

Kumpulan nasyid yang berasal dari Kedah ini telah merakamkan album sulung mereka bersama UNIC Records. Dapatkan album mereka di pasaran sekarang dengan hanya RM 19.90.

Vast - Variasi Alunan Satu Tujuan
Dapatkan album sulung kumpulan Vast yang memuatkan lagu seperti Penasaran dan Taubatku di SINI


Farid Sanullah - Don't Forget Allah

Farid dilahirkan di Malaysia namun dibesarkan di Australia. 

Penyanyi yang popular dengan lagu Don't Forget Allah ini akhirnya tampil dengan album sulung beliau yang mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan. 

Anda juga boleh mendapatkan album-album nasyid & zikir pilihan anda di SINI.

#Pray4Gaza

No comments: