Wednesday, September 4, 2013

Konsert Pray 4




Pada 7 September 2013 ini, sebuah konsert amal anjuran Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan kerjasama Munsyid Malaysia dan beberapa pertubuhan NGO lain akan diadakan di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Penganjuran program ini yang terdiri daripada konsert, munajat dan perkongsian minda ini amat bertepatan sekali untuk membantu kita bersatu menzahirkan pendirian dan sikap prihatin dengan isu-isu semasa yang sedang melanda umat Islam di beberapa buah negara luar.

Radio Ikim akan bertindak sebagai penyiar rasmi program ini yang bakal menghimpunkan personaliti-personaliti terkenal tanah air termasuklah Rabbani, Hijjaz, UNIC, Saujana, Hafiz Hamidun, Heliza Helmi, Imam-Imam Muda, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre, Ustaz Zamri dan ramai lagi.

Semua dijemput hadir. Anda juga dialu-alukan untuk memberikan sumbangan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Facebook rasmi Prihatin Mesir.

Sumber: Nasyidkini

No comments: