Wednesday, January 18, 2012

Cara Mengundi Lagu Carta Ikim.fm


Salam Sejahtera.

Rasanya semua pendengar mungkin sudah maklum dengan kaedah pengundian lagu-lagu dalam Carta Ikim.fm. Mulai tahun 2012, anda semua boleh mengundi lagu-lagu kegemaran anda yang tersenarai dalam Carta Ikim menerusi dua cara.


Cara 1: Pengundian menerusi E-mel

1) Pilih LIMA (5) lagu berlainan daripada senarai
- lagu dalam carta dan/atau
- lagu pencalonan baru

2) Hantarkan undian anda ke alamat emel carta@ikimfm.my


Cara 2: Undian di laman web Ikim.fm

Klik link ini untuk ke laman web Ikim.fm. Atau anda boleh klik link ini untuk terus ke slot undian Carta Ikim.fm.

Seperti cara di atas, anda boleh memilih lima buah lagu yang menjadi kegemaran anda untuk diundi.


Sekian. Selamat Mengundi. :)

4 comments:

ajwadaie said...

tidak jelaslah bagaimana mahu mengundi di web ikim. Tak tahu nak klik undi di mana. :(

Din_diet said...

klik link pertama untuk ke laman web ikim, kemudian sdra boleh cari slot undian lagu bertanda pensel dan tanda betul (rait) di sebelah kanan bawah laman web tu.

Atau link kedua terus ke slot undian. Boleh pilih lima lagu sambil-sambil dengar lagu yang disenaraikan.

Tapi undian di laman web tu rasanya boleh dibuat mulai hari Isnin setelah laman tersebut dikemas kini. :)

Pelangi Indah said...

Wajib undi 5 lagu jugak ke?
Macamana kalau undi 1 lagu je atau kurang dari 5 lagu??

Din_diet said...

Wajib 5..