Sunday, November 8, 2009

Sedikit Permulaan...

Assalamualaikum..

Blog ini saya wujudkan khas untuk peminat nasyid tanah air yang ingin mengikuti carta nasyid di ikim.fm. Saya hanya seorang pendengar radio biasa sahaja, tidak ada kena mengena dengan kakitangan ikim.fm.

Untuk pengetahuan semua, carta nasyid yang disiarkan di ikim.fm ini adalah sebahagian daripada carta nasyid yang ada di stesen TV dan radio tempatan, selain daurah NMI (RTM 1) dan Carta Nasyid TV9. Carta ini ke udara setiap Jumaat jam 10.15 malam dan dikendalikan oleh Ustaz Erwan. Setiap minggu, akan ada artis nasyid yang dijemput ke studio untuk sama-sama kita mengetahui perkembangan terbaru mereka. Saya akan cuba mengikuti perkembangan carta dari semasa ke semasa dan melaporkan pada anda.InsyaAllah.

1 comment:

drexar said...

terima kasih kerana sudi melaporkan perkembangan carta nasyid IKIM.fm secara online. ^_^